RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin
RSMC

WWW.REDSUNMOTORCLUB.COM


    Legenda AE86

    Share

    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 35
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 5277
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    waghh Legenda AE86

    Post by bod_supersperm on Mon Dec 07, 2009 4:00 pm

    Legenda AE86

    Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
    irwan@majalahkereta.com.my

    Adakah Toyota FT-86 mampu menyaingi populariti model legenda AE86?





    PADA tahun 1985, Toyota telah melancarkan model Corolla terakhir yang menggunakan pacuan roda belakang. Konfigurasi enjin FF (Front Engine-Front Drive) ketika itu mula mendominasi pasaran dan dianggap paling ekonomikal, ringkas dan boleh dipercayai. Tradisi FR (Front Engine-Rear Drive) tidak lagi dianggap sesuai bagi kereta-kereta penumpang yang dijual untuk mengikut skala ekonomi berasaskan keuntungan modal.
    Untuk pasaran luar, siri AE80 itu menerima transformasi yang digelar
    Corolla LE. Namun tidak ramai yang menyedari bahawa Toyota juga
    memiliki kereta sports kelas bawahan yang digelar Sprinter Levin dan
    Truneo.
    Model-model itu dikenali dengan kod badan AE86. Dalam bahasa Jepun,
    ia disebut Hashi-Roku. Pada awalnya, ia merupakan sebuah kereta biasa
    seperti MR2 atau Mazda Savanna. Namun siri animasi Initial D dengan jalan cerita cukup dramatik telah meletakkan AE86 sebagai model legenda yang diingati ramai.
    Aksi drifting dalam initial D mula popular dalam kehidupan
    realiti anak-anak muda Jepun. Di jalan yang berbukit dan berliku,
    kereta berpacuan roda belakang itu memasuki selekoh dengan cara
    menggelongsor atau digelar power slide. Keseronokan pemanduan itu berkait rapat dengan cara mengawal kereta tanpa menyebabkan kereta understeer. Popularitinya yang meningkat saban tahun membawa kepada penganjuran pertandingan yang lebih teratur.
    Ia mula diiktiraf sebagai sukan bermotor bertaraf nasional dan
    dikenali sebagai D1 Gran Prix. Sama seperti AE86 dalam siri animasi
    tersebut, model itu tiba-tiba menjadi sangat popular baik di Jepun
    mahupun di negara yang pernah mengimport masuk legenda tersebut.
    Malah, di Jepun pada hari ini, sebuah AE86 dalam keadaan baik,
    harganya boleh mencecah lebih 1 juta yen. Kira-kira RM40,000 sangat
    mahal untuk sebuah kereta yang berusia lebih 20 tahun.
    Beberapa tahun yang lalu dalam majalah BestCar keluaran Jepun,
    timbul khabar angin bahawa Toyota akan menghasilkan semula AE86 dengan
    wajah baru. Peminat AE86 berhenti bernafas dan menantikan apakah
    perkembangan seterusnya.
    Namun kegawatan ekonomi yang melanda menyebabkan hala tuju
    kebanyakan syarikat automotif tidak lagi sama. Walaupun Toyota
    merupakan pengeluar kereta terbesar dunia hari ini, namun membuat
    kereta bagi pasaran sekecil AE86 adalah satu perjudian yang terlalu
    besar untuk diambil.
    Guna kepakaran Subaru
    Selepas kemasukan Akio Toyoda, cucu kepada pengasas syarikat Toyota
    dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor, dunia kembali
    berpaling kepada Toyota. Tidak lama selepas itu, Toyota mengumumkan
    model konsep FT-86. Ia bakal mengubat rindu legenda AE86 yang akan
    diperkenalkan sebagai sebuah model produksi pada tahun 2011.
    Tanpa berselindung, Toyota mengumumkan akan menggunakan kepakaran
    Subaru yang mereka miliki pegangan 16.5 peratus dalam Fuji Heavy
    Industries.
    Toyota dan Subaru mungkin dua pembuat kereta dengan tradisi yang
    berbeza. Subaru sangat sinonim dengan enjin Boxer dan pacuan empat roda
    (4WD). Pasarannya juga kecil dan mereka adalah pembuat kereta yang
    membuat kereta berdasarkan kebebasan juruteranya. Sementara Toyota pula
    berkaitan dengan konglomerat, keuntungan dan status.
    Secara asasnya, FT-86 akan mengekalkan konsep dasar AE86, sebuah coupe dan pacuan roda belakang. Namun reka bentuknya jauh lebih sporty
    dan agak janggal untuk dipanggil sebagai Corolla. Ia direka di studio
    Toyota Europe Design Developement yang terletak di Nice, Perancis.
    Produksi semula AE86
    Sebelum model itu memasuki produksi, ramai yang skeptikal dengan
    istilah pengganti AE86. Ini kerana FT-86 langsung tidak mencerminkan
    sebuah liftback ringkas yang melambangkan model legendanya.
    Enjin yang bakal digunakan datangnya dari kilang Subaru. Besar kemungkinan enjin boxer
    yang dihasilkan Subaru itu akan dipasangkan pada FT-86. Tetapi jika ia
    konfigurasi EJ20 Subaru, maka padanan pacuan yang paling sesuai ialah
    pacuan kesemua roda (AWD).

    TOYOTA AE86 masih mendapat sambutan sehinggakan harganya boleh mencecah RM40,000 seunit.



    Subaru merupakan yang terbaik dalam kalangan pembuat enjin empat
    silinder dari Jepun apabila berbicara tentang pacuan empat roda. Baik
    dari segi pembahagian berat, mahupun kesinambungan penghantaran kuasa.
    Namun, jika ia dipacu empat roda, adakah ia kekal sebagai legenda AE86?
    Saya sering ditanya dengan soalan kenapa tidak dikeluarkan semula
    AE86. Baiklah. Pandangan kita tentang industri berbeza dengan apa yang
    berlaku secara realiti. Ramai mungkin menyangkakan AE86 akan mendapat
    sambutan menggila jika dilahirkan semula dalam bentuk asal. Sedangkan
    dari segi matematiknya, produksi untuk model itu memerlukan modal yang
    besar untuk diputarkan kembali menjadi kos dan keuntungan.
    Era 80-an sangat berbeza dengan hari ini yang piawaian pengeluaran
    kereta baru sangat ketat. Aspek keselamatan kenderaan dan spesifikasi
    alam sekitar sahaja sudah memerlukan banyak belanja untuk dipatuhi.
    Segala bentuk parameter, ukuran dan teknologi pada AE86 yang asal tidak
    lagi melepasi standard industri hari ini.
    Itu belum termasuk isu lebih kecil seperti keselamatan pejalan kaki
    di Eropah dan keselamatan tangki minyak di Amerika Syarikat. Seperti
    yang diketahui, pasaran di kedua-dua benua itu diperlukan untuk
    mendapatkan jualan awal yang penting bagi membayar semula kos
    pembikinan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kereta tersebut.
    Krisis pasaran dan identiti
    Jika kereta itu menjadi realiti, FT-86 mungkin menghadapi krisis
    pasaran dan identiti apabila diperkenalkan kelak. AE86 mungkin sinonim
    dengan Levin dan Trueno. Nama-nama itu masih diguna pakai untuk
    generasi AE90/AE100 dan AE110.
    Namun FT-86 mungkin sedikit janggal jika digelar dengan nama Corolla
    Levin FT-86. Bunyinya pelik sekali. Kalau tidak kepada umum, mungkin
    pada masyarakat sukan drift yang mengingati AE86 sebagai legenda yang tidak mungkin dilupakan.

    TOYOTA FT-86 direka bentuk di Studio Toyota Europe Design Development, Nice, Perancis.



    Toyota menyedari bahawa pasaran kereta sebegini masih kecil jika
    dibandingkan dengan statistik pengeluaran model-model penumpang yang
    lain. Menduga strategi awal tentang FT-86 mungkin keterlaluan. Tetapi
    sebuah kereta yang penting seperti itu memerlukan skop pemasaran yang
    betul agar ia cemerlang seperti lagendanya.
    Bermula tahun 2000, nama-nama besar dalam model sports Toyota telah hilang dalam pasaran. Tidak ada lagi jati diri kereta sports
    murah Jepun yang dapat dilihat pada hari ini. Lihat sahaja pada
    generasi akhir Celica yang nyata tidak langsung sesuai dengan gelaran
    Celica yang merupakan legenda Mustang Jepun satu ketika dahulu.
    Celica kali ini tidak ubah seperti Vios yang dipendekkan menjadi coupe
    dengan kit badan merapu. Prinsip asas sudah hilang. Itulah yang
    menyedihkan tentang perkembangan automotif Jepun hari ini. Jelas
    kelihatan, kereta-kereta hari ini dipengaruhi oleh pasaran. Bukan
    teknologi, idea, jiwa dan keghairahan jurutera yang tulen.


    *************************************


    http://www.membakut.info
    http://revsoc.forumotion.com

    rd7717
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 663
    Age : 31
    Location : Likas-kk-Membakut
    Stars : 3515
    Reputation : 1
    Registration date : 2009-02-17

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by rd7717 on Tue Dec 08, 2009 10:13 am

    napa perodua atau proton tidak buat kereta pacuan roda belakang aaa??


    *************************************

    Haitor_&_d'kugiran
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 756
    Age : 31
    Location : Kay-kay..mengkabut
    Stars : 3551
    Reputation : 4
    Registration date : 2009-04-25

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by Haitor_&_d'kugiran on Tue Dec 08, 2009 4:03 pm

    bod_supersperm wrote:Tradisi FR (Front Engine-Rear Drive) tidak lagi dianggap sesuai bagi kereta-kereta penumpang yang dijual untuk mengikut skala ekonomi berasaskan keuntungan modal


    *************************************
    [i:ceff]4 wheels move ur body
    2 wheels move ur soul
    Goin' sideways is a whole different stories..[/i:ceff]
    [img:ceff]http://img15.imageshack.us/img15/5472/chromev.jpg[/img:ceff]
    windows live messenger : garisan_langit@live.com
    emel/yahoo messenger : angelus_viii@yahoo.com
    site : http://d3s-ditrace.ning.com/profile/Boy_GL

    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 35
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 5277
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by bod_supersperm on Tue Dec 08, 2009 4:16 pm

    Haitor_&_d'kugiran wrote:
    bod_supersperm wrote:Tradisi FR (Front Engine-Rear Drive) tidak lagi dianggap sesuai bagi kereta-kereta penumpang yang dijual untuk mengikut skala ekonomi berasaskan keuntungan modal
    apa maksud peng-quote-an ini?


    *************************************


    http://www.membakut.info
    http://revsoc.forumotion.com

    Haitor_&_d'kugiran
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 756
    Age : 31
    Location : Kay-kay..mengkabut
    Stars : 3551
    Reputation : 4
    Registration date : 2009-04-25

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by Haitor_&_d'kugiran on Tue Dec 08, 2009 4:40 pm

    sebagai jawapan kepada ni ->

    rd7717 wrote:napa perodua atau proton tidak buat kereta pacuan roda belakang aaa??



    *************************************
    [i:ceff]4 wheels move ur body
    2 wheels move ur soul
    Goin' sideways is a whole different stories..[/i:ceff]
    [img:ceff]http://img15.imageshack.us/img15/5472/chromev.jpg[/img:ceff]
    windows live messenger : garisan_langit@live.com
    emel/yahoo messenger : angelus_viii@yahoo.com
    site : http://d3s-ditrace.ning.com/profile/Boy_GL

    KaRaBaU GiLA
    extremer 4x4
    extremer 4x4

    Male
    Number of posts : 1643
    Age : 34
    Location : kikih
    Stars : 4494
    Reputation : 9
    Registration date : 2009-05-02

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by KaRaBaU GiLA on Tue Dec 08, 2009 5:55 pm

    salah supaya kmurang x pakai pg drift.. hahahaha..

    Haitor_&_d'kugiran
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 756
    Age : 31
    Location : Kay-kay..mengkabut
    Stars : 3551
    Reputation : 4
    Registration date : 2009-04-25

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by Haitor_&_d'kugiran on Wed Dec 09, 2009 3:57 pm

    ya bethul!!


    *************************************
    [i:ceff]4 wheels move ur body
    2 wheels move ur soul
    Goin' sideways is a whole different stories..[/i:ceff]
    [img:ceff]http://img15.imageshack.us/img15/5472/chromev.jpg[/img:ceff]
    windows live messenger : garisan_langit@live.com
    emel/yahoo messenger : angelus_viii@yahoo.com
    site : http://d3s-ditrace.ning.com/profile/Boy_GL

    okydaalung
    Dragster RSMC
    Dragster RSMC

    Male
    Number of posts : 999
    Stars : 3493
    Reputation : -1
    Registration date : 2008-11-13

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by okydaalung on Wed Dec 09, 2009 5:57 pm

    ku ingat ada lagenda AE86..rupanya ceta pasal AE86..p sandakan..aku kasi kenal kmu sapa lagenda AE86..

    redsun
    WebMaster
    WebMaster

    Male
    Number of posts : 128
    Age : 31
    Location : Luyang
    Stars : 3153
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-09-03

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by redsun on Thu Dec 10, 2009 10:53 am

    sandakan juga yang hebat

    okydaalung
    Dragster RSMC
    Dragster RSMC

    Male
    Number of posts : 999
    Stars : 3493
    Reputation : -1
    Registration date : 2008-11-13

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by okydaalung on Thu Dec 10, 2009 5:46 pm

    laksmana wrote:sandakan juga yang hebat
    mmg la..byk KING bh cni..hahahaha..

    rd7717
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 663
    Age : 31
    Location : Likas-kk-Membakut
    Stars : 3515
    Reputation : 1
    Registration date : 2009-02-17

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by rd7717 on Fri Dec 11, 2009 9:32 pm

    king myvi pun ada kan...hehe


    *************************************

    okydaalung
    Dragster RSMC
    Dragster RSMC

    Male
    Number of posts : 999
    Stars : 3493
    Reputation : -1
    Registration date : 2008-11-13

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by okydaalung on Mon Dec 14, 2009 9:34 pm

    KING myvi mmg d cni ja boy..tmpt len manada...hahaha..

    redsun
    WebMaster
    WebMaster

    Male
    Number of posts : 128
    Age : 31
    Location : Luyang
    Stars : 3153
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-09-03

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by redsun on Tue Dec 15, 2009 10:23 am

    mantap geng....

    KaRaBaU GiLA
    extremer 4x4
    extremer 4x4

    Male
    Number of posts : 1643
    Age : 34
    Location : kikih
    Stars : 4494
    Reputation : 9
    Registration date : 2009-05-02

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by KaRaBaU GiLA on Tue Dec 15, 2009 12:46 pm

    kerukan?

    okydaalung
    Dragster RSMC
    Dragster RSMC

    Male
    Number of posts : 999
    Stars : 3493
    Reputation : -1
    Registration date : 2008-11-13

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by okydaalung on Tue Dec 15, 2009 1:03 pm

    KaRaBaU GiLA wrote:kerukan?
    termasuk kerukan la 2..hahahaha..

    KaRaBaU GiLA
    extremer 4x4
    extremer 4x4

    Male
    Number of posts : 1643
    Age : 34
    Location : kikih
    Stars : 4494
    Reputation : 9
    Registration date : 2009-05-02

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by KaRaBaU GiLA on Tue Dec 15, 2009 7:31 pm

    ketara mu ni ki..

    okydaalung
    Dragster RSMC
    Dragster RSMC

    Male
    Number of posts : 999
    Stars : 3493
    Reputation : -1
    Registration date : 2008-11-13

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by okydaalung on Tue Dec 15, 2009 11:00 pm

    ketara pa lg ni ric..

    Sponsored content

    waghh Re: Legenda AE86

    Post by Sponsored content Today at 12:26 pm


      Current date/time is Mon Dec 05, 2016 12:26 pm