RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin

Join the forum, it's quick and easy

RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin

RSMC

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
RSMC

WWW.REDSUNMOTORCLUB.COM


2 posters

    Formula drift Thailand

    bod_supersperm
    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 42
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 7948
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    Formula drift Thailand Empty Formula drift Thailand

    Post by bod_supersperm Mon Dec 07, 2009 3:44 pm

    Formula drift Thailand Moz-screenshotFormula drift Thailand Moz-screenshot-1ACARA Formula Drift Thailand yang dipersembahkan oleh Goodyear pada
    minggu lalu di Bangkok, Thailand memperlihatkan saingan dramatik antara
    juara drifter dari New Zealand, 'Mad Mike' Whiddett dan pemenang D1
    Japan Grand Prix 2004, Ryuji Miki.
    Akhirnya, Whiddett diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan
    yang melibatkan tiga pusingan. Sementara tempat ketiga direbut oleh
    drifter dari Malaysia, Tengku Djan yang merupakan juara Formula Drift
    Singapura 2009 pada Julai lalu.
    Whiddett, melakukan aksi drift menggunakan tayar Goodyear Eagle F1
    Asymmetric dan berjaya mengatasi cabaran daripada Tengku Djan pada
    pusingan knockout yang berlangsung dalam hujan. Hujan sebenarnya telah
    turun sebelum pusingan Final Four bermula lagi.
    Satu-satunya litar drift bertaraf antarabangsa di Thailand,
    Wonderworld Park, Ramindra dipenuhi para peminat selama dua hari
    berturut-turut. Malah, 7,000 tempat duduk strategik untuk menonton
    telah ditempah sepenuhnya.
    Persaingan kian memuncak pada hari kedua apabila 32 orang drifter
    yang berjaya melayakkan diri, termasuk 23 orang drifter dari Thailand
    menunjukkan kemahiran dan teknik masing-masing di atas trek. Asap yang
    terhasil daripada tayar, ditambah dengan bunyi enjin penuh kuasa
    membuatkan penonton semakin teruja.
    Seramai tiga orang juri Formula Drift dari Amerika yang dijemput
    membuktikan kesungguhan penganjur untuk membawa Formula Drift Thailand
    ke standard yang lebih profesional.
    Raja drift Thailand, Kiki Nana merupakan antara drifter yang layak
    untuk bersaing sehingga ke peringkat lapan terbaik. Namun, dia terpaksa
    akur dengan kehebatan para drifter lain dan tersingkir.
    Semua drifter dari Thailand yang mengambil bahagian mengakui Formula
    Drift Thailand kali ini paling impresif pernah mereka sertai. Biarpun
    gagal membawa pulang sebarang piala atau gelaran, bersaing dengan ramai
    drifter terbaik dari seluruh dunia menjadi pengalaman yang mengagumkan.
    Mereka juga mendapati standard pertandingan antarabangsa sangat sukar
    dan mencabar.
    Pada penghujung cabaran, drifter dari New Zealand dan Jepun layak
    untuk mempamerkan kehebatan mengendalikan jentera masing-masing. Bukan
    dua pusingan seperti pertandingan-pertandingan lain, sebaliknya mereka
    berdua perlu bertarung dalam tiga pusingan memandangkan kemahiran yang
    ditunjukkan sangat seimbang.
    Para juri juga sukar untuk membuat satu keputusan yang sepakat.
    Sebab itulah, pusingan ketiga diperlukan bagi menentukan siapakah
    juaranya.
    Berdiri antara satu sama lain di atas pentas, Whiddett dan Miki
    berdebar menantikan keputusan juri. Sebaik sahaja juri ketiga
    mengumumkan skor terakhirnya, semua penyokong bersorak gembira dan
    bertepuk tangan.
    Whiddett menjuarai Formula Drift Thailand dengan skor 2:1.
    Formula Drift akan berkunjung ke Malaysia dengan Goodyear bertindak
    selaku hos pertandingan akhir siri drift ASEAN. Ia bakal berlangsung
    pada 19 dan 20 Disember di MAEPS (Malaysian Agro Exposition Park
    Serdang), Serdang Selangor.
    Haitor_&_d'kugiran
    Haitor_&_d'kugiran
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 756
    Age : 39
    Location : Kay-kay..mengkabut
    Stars : 6222
    Reputation : 4
    Registration date : 2009-04-25

    Formula drift Thailand Empty Re: Formula drift Thailand

    Post by Haitor_&_d'kugiran Tue Dec 08, 2009 4:06 pm

    Formula drift thailand 2009 video..note wicked sound frm mad mike's 26b n/a rotary Formula drift Thailand Icon_eek Formula drift Thailand Icon_eek Formula drift Thailand Icon_eek