RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin
RSMC

WWW.REDSUNMOTORCLUB.COM


    Virgin Galactic : Kini Anda Boleh Terbang Ke Angkasa

    Share

    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 35
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 5279
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    waghh Virgin Galactic : Kini Anda Boleh Terbang Ke Angkasa

    Post by bod_supersperm on Thu Dec 10, 2009 11:10 am


    Virgin Galactic : Kini Anda Boleh Terbang Ke Angkasa Dengan Harga RM700 Ribu



    Dikemaskini oleh
    M pada
    December 8th, 2009


    Celebrity & E-News 61 Respon





    Virgin Galactic, mencatat sejarah manusia sebagai satu-satu’nya
    pesawat komersial angkasa di dunia. Imaginasi manusia untuk terbang ke
    angkasa dengan kos yang rendah akhirnya tercapai apabila pemilik
    syarikat Virgin, Richard Branson menunaikan harapan tersebut.
    Anda tidak perlu lagi berdaftar dengan NASA atau menjalani latihan
    angkasa lepas selama setahun seperti yang pernah dialami oleh Syeikh
    Muzaffar. Dengan kos serendah RM700 ribu, anda akan dapat melihat
    keindahan bumi serta merasai sendiri pengalaman anti graviti. Kos ini
    juga meliputi latihan 3 hari yang akan anda jalani sebelum berpeluang
    terbang ke angkasa.
    Apa yang menarik, rupa bentuk pesawat komersial angkasa milik Virgin
    tidak menyerupai roket angkasa yang biasa kita lihat. Virgin Galactic
    akan diterbangkan oleh 2 kapal terbang kecil ke ketinggian 18km, dan
    kemudian baru dilepaskan dengan kelajuan roket ke ketinggian 104km dari
    aras bumi. Perjalanan hanya memakan masa selama 2 jam 30 minit,
    bersamaan dengan masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangalore,
    India.


    Syarikat Virgin juga merancang untuk menggunakan Virgin Galactic
    bagi memendekkan masa penerbangan dari Amerika ke Australia daripada 15
    jam ke 90 minit. Caranya, terbang secara suborbit.
    Potensi pelancongan ke angkasa juga amat luas. Para saintis &
    pengkaji mampu melakukan proses ujian atau menghantar pod kecil ke
    angkasa tanpa memerlukan bantuan kerajaan. Kami yakin, selepas ini anda
    boleh bermain gasing di angkasa seperti yang pernah dilakukan oleh
    Syeikh Muzaffar.
    Cuma, kos anda lebih rendah.
    Sumber artikel & gambar : Virgin Galactic unveils SpaceShipTwo, world’s first ever commercial passenger spaceship


    *************************************


    http://www.membakut.info
    http://revsoc.forumotion.com

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 4:35 pm