daripada PKR dan BN membangkitkan persoalan kualiti dan kebimbangan
orang ramai terhadap minyak RON95 yang didakwa akan menjejaskan
prestasi enjin.
Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) telah
membangkitkan kualiti minyak tersebut yang diperkatakan banyak pihak
sehingga terdapatnya notis yang diletakkan di stesen minyak bukan
Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh membahayakan enjin.
"Ada
stesen minyak yang bukan Pteronas telah meletakkan notis bahaya
terhadap minyak RON95 dan menyenaraikan jenis kenderaan yang boleh
menggunakan minyak ini," katanya mendedahkan kepada Dewan Rakyat.
Manakala
Hamim Samuri (BN-Ledang) menyatakan sekiranya minyak kuning (RON95)
lebih efisien, maka adalah lebih baik hanya satu jenis minyak sahaja
digunakan dan dicadangkan supaya minyak lain seperti RON97 ditarik
balik.
Bagaimanapun, tanggapan pengguna terhadap penggunaan
minyak petrol RON95 yang merosakkan enjin adalah tidak tepat, kata
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Tan Lian Hoe yang menjawab solan tersebut.
Katanya
sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95,
penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada
keupayaan enjin secara optimum.
Kata Tan negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95.
"Di
Eropah, penggunaan RON95 adalah lebih 84 peratus daripada keseluruhan
penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika menjawab soalan asal Datuk Johari Abdul
(PKR-Sungai Petani) yang ingin tahu sama ada minyak petrol yang dijual
di stesen minyak Petronas iaitu Primax 95 tidak sesuai digunakan untuk
kereta import dan kereta mewah kerana minyak itu boleh merosakkan enjin.
Tan
berkata sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan,
beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak yang terlibat telah
diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap aspek
penggunaan petrol RON95.
Beliau berkata dengan menggunakan
petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan
keperluan kenderaan sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar enjin
kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas
mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin.
Ketika menjawab
soalan tambahan Johari mengenai terdapatnya notis yang diletakkan di
stesen minyak bukan Petronas mengenai petrol RON95 yang boleh
membahayakan enjin, Tan berkata kementerian tidak menyedari mengenai
perkara itu.
"Pihak kementerian tidak sedar tentang hal ini, dan
kita akan menghantar pegawai penguatkuasa kita untuk memeriksa semua
stesen minyak khususnya daripada bukan Petronas," katanya.
Thu Aug 30, 2012 10:42 pm by izam redsun
» apa cer
Tue Jul 31, 2012 5:04 pm by bod_supersperm
» ENGINE SWAP/TUKAR ENJIN DI KK
Mon Sep 26, 2011 9:15 pm by adien
» Guna Prepaid Tune Talk Dapat Point Tebus Tiket Air asia
Fri Sep 09, 2011 10:10 am by bod_supersperm
» Hoarding Medication
Thu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest
» Pills Rx
Wed Aug 03, 2011 8:09 pm by Guest
» You gathered the useful information people would find interesting here.
Wed Aug 03, 2011 11:39 am by Guest
» Hello there Folks
Tue Aug 02, 2011 6:05 am by Guest
» Medicines Made From The Rainforest
Mon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest
» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001
Sun Jul 31, 2011 4:43 pm by Guest
» Vw Drug Pipe
Sun Jul 31, 2011 3:34 pm by Guest
» Men Of Iron Pills Review
Thu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest
» add fans facebook xw
Thu Jul 28, 2011 10:05 pm by Guest
» buy facebook fans and likes f7
Thu Jul 28, 2011 6:27 pm by Guest
» Wallgreens Pills
Thu Jul 28, 2011 10:33 am by Guest
» Get massive web traffic and backlinks with best xrumer service
Tue Jul 26, 2011 5:24 pm by Guest
» cerita 1st luv
Mon Jun 20, 2011 12:29 pm by annyss sopphylea
» Tips jika anda ada keta EXTREME 4x4 ATAU Monster truck..
Thu Jun 09, 2011 11:26 pm by KaRaBaU GiLA
» apa khabar geng semua?
Thu Jun 09, 2011 11:25 pm by KaRaBaU GiLA
» tahun 2011
Thu Jun 09, 2011 11:24 pm by KaRaBaU GiLA