RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin
RSMC

WWW.REDSUNMOTORCLUB.COM


    JANGAN KELIRUKAN DAN POLITIKKAN KALIMAH 'ALLAH'

    Share

    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 35
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 5281
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    waghh JANGAN KELIRUKAN DAN POLITIKKAN KALIMAH 'ALLAH'

    Post by bod_supersperm on Tue Jan 05, 2010 9:09 am

    Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria


    KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada
    semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk
    mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan
    mendapat sokongan rakyat.

    Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji
    Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan,
    Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan
    Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

    Bagaimanapun
    PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama
    seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa
    untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.

    Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

    "Walau
    demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan
    setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara
    keharmonian pelbagai kaum dan agama,"kata kenyataan itu.

    PAS
    turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama
    Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi
    seperti Kristian dan Yahudi.

    Namun, penggunaannya secara salah
    dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi
    isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

    Sehubungan
    itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan
    provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan
    ketegangan masyarakat di negara ini.

    "PAS dengan segala rasa
    penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua
    pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip
    keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh
    Islam," katanya lagi..

    Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan
    Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib
    Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha,
    Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.

    Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.

    Khamis
    lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar
    mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah
    sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.
    (Gambar: Antara pemimpin PAS yang menyertai sidang media isu penggunaan kalimah Allah di pejabat Agung PAS malam tadi)
    Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu
    Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan
    tersebut.

    Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada
    pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak
    membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis
    Kristian itu.
    Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
    Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat
    India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
    (GPMS) dan Belia 4B.

    Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul
    Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah
    disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

    Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

    Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.


    *************************************


    http://www.membakut.info
    http://revsoc.forumotion.com

    KaRaBaU GiLA
    extremer 4x4
    extremer 4x4

    Male
    Number of posts : 1643
    Age : 34
    Location : kikih
    Stars : 4498
    Reputation : 9
    Registration date : 2009-05-02

    waghh Re: JANGAN KELIRUKAN DAN POLITIKKAN KALIMAH 'ALLAH'

    Post by KaRaBaU GiLA on Tue Jan 05, 2010 9:25 am

    no komen..

    sensor_xxx
    extremer 4x4
    extremer 4x4

    Male
    Number of posts : 686
    Age : 32
    Location : kota kinabalu,sabah
    Stars : 3384
    Reputation : 4
    Registration date : 2009-01-01

    waghh Re: JANGAN KELIRUKAN DAN POLITIKKAN KALIMAH 'ALLAH'

    Post by sensor_xxx on Wed Jan 13, 2010 4:50 pm

    we are malaysian man...

    Sponsored content

    waghh Re: JANGAN KELIRUKAN DAN POLITIKKAN KALIMAH 'ALLAH'

    Post by Sponsored content Today at 11:44 am


      Current date/time is Fri Dec 09, 2016 11:44 am