RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin
RSMC

WWW.REDSUNMOTORCLUB.COM


    Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

    Share

    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 35
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 5281
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    waghh Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

    Post by bod_supersperm on Wed Apr 28, 2010 11:17 am










    Hamba Allah

    Peristiwa polis menembak mati pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia
    adalah rentetan perbicaraan terbuka rakyat terhadap pasukan keselamatan
    negara di bawah Musa Hasan.

    Sepanjang perkhidmatan Musa Hasan
    sebagai ketua Polis negara terlalu banyak kes melibatkan kematian di
    tangan polis. Siapa yang bersalah masih tiada jawapan.

    Kes
    terbaru melibatkan pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia mengejutkan
    kerana pelajar itu tidak memiliki senjata api. Ia di bawah umur.

    Tiada
    bukti selain dakwaan anggota polis pelajar tersebut menyerang. Jika
    betul serangan dengan senjata parang, mengapa perlu ditembak hingga mati
    sedangkan dari laporan , anggota polis terbabit melebihi dua orang.

    Atas
    apa alasan sekalipun, pembunuhan pelajar bawah umur tanpa senjata api
    sangat memilukan. Berbagai persoalan timbul, apakah pelajar terbabit
    memiliki kes jenayah sebelum ini hingga satu tindakan kejam begitu
    dilakukan?

    Apakah tiada cara lain selain menembak? Apakah polis
    yang cekap tidak mampu menangani pelajar 15 tahun yang hanya dikatakan
    bersenjata parang panjang?

    Lebih menimbulkan persoalan ialah
    dakwaan rakan pelajar terbabit bahawa pihak polis telah menembak kereta
    mereka ketika memotong MPV polis. Rakan pelajar terbabit mendakwa polis
    membelasahnya beramai ramai dan beliau sempat lari.

    Sebagai
    rakyat Malaysia, tentunya kita amat sedih dengan apa berlaku. Lebih
    memilukan ia berlaku terhadap seorang pelajar melayu di bawah umur.
    Tindakan kenyataan pihak polis ketika siasatan masih dijalankan juga
    suatu tindakan diluar peraturan.

    Kita amat berharap agar
    siasatan yang telus dijalankan serta memberi keadilan . Jangan ada usaha
    menutup kesalahan terutama pihak polis. Jika rakyat meragui siasatan
    tersebut, kesannya amat besar.

    Hilang kepercayaan kepada pihak
    polis akan menyebabkan kesan yang serius. Kita adalah negara yang
    mempunyai undang undang dan BUKAN NEGARA POLIS!


    *
    Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili
    pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab
    terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.




    *************************************


    http://www.membakut.info
    http://revsoc.forumotion.com

    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 35
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 5281
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    waghh Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

    Post by bod_supersperm on Wed Apr 28, 2010 11:19 am

    Dzulfikar Mashoor


    SHAH ALAM, 27 April: Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada
    juvana yang mati ditembak anggota polis menyuarakan rasa kecewa dengan
    dakwaan polis serta laporan media kononnya arwah Amirul Rashid Hamzah,
    15, dibunuh kerana polis mensyakinya sebagai penyamun.
    "Bila polis kata (dakwa) anak saya disyaki terbabit geng samun, saya
    sekeluarga memang tidak boleh terima," ujar beliau sambil sebak menahan
    air mata di kediaman mereka sekeluarga, petang ini.
    "Dia anak yang baik, dia pemain ragbi, ahli sukan, semua sukan dia
    masuk. Kalau bulan puasa, dia memang di surau, kalau pergi surau, siapa
    tak kenal dia."
    Disebabkan itu, beliau meminta pihak berwajib memberikan pembelaan
    yang sewajarnya kepada anak bongsu kepada lapan beradik tersebut.
    "Saya ibu pada arwah, anak bongsu saya (Aminul) ini mendapat
    pembelaan yang sewajarnya. Saya harap anak saya disiasat dengan telus,
    itu saja," ujarnya,
    Kakak mangsa, Tuty Syaninza Anum Hamzah, 36, pula tidak menyedari
    arwah memandu kereta suaminya untuk keluar bersama-sama kawan sekelas
    menonton kejohanan bola sepak Eropah.
    Beliau mula menyedari apabila suaminya, Muzaffar Mahalli, 36,
    menghubunginya dan meminta beliau melihat keadaan kereta di luar
    kediaman.
    Pada ketika itu, menurutnya, kelihatan polis serta penduduk tempatan
    sedang berhimpun mengelilingi keretanya.
    Pun begitu, beberapa pegawai polis, menurut beliau, seakan cuba
    mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar pemandu kereta terbabit,
    iaitu adiknya.
    Sekitar jam 3 pagi, beliau bersama suaminya membuat laporan di Balai
    Polis Seksyen 11, di sini.
    Ditanya tentang wujudnya senjata berupa parang di dalam kereta
    terbabit seperti yang didakwa polis dan media, beliau menafikan
    sekeras-kerasnya.
    Bagaimana pun, Kamaruddin Hassan, waris terdekat kepada arwah dalam
    nada yang pasrah meminta polis menyiasat insiden tersebut serta memberi
    kebenaran seperti yang dituntut oleh keluarga arwah.
    "Biarlah polis siasat, sebelah pihak dah buat laporan, kita pun dah
    buat laporan, biar polis buat laporan, kita hanya nakkan kebenaran,"
    ujar beliau di depan lebih 15 wartawan.
    Dalam perkara yang berkaitan, selain insiden bunuh yang membabitkan
    juvana tersebut, integriti polis Oktober tahun lalu turut tercalar oleh
    kes tembakan liar yang membabitkan seorang balu, Norizan Salleh.


    *************************************


    http://www.membakut.info
    http://revsoc.forumotion.com

    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 35
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 5281
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    waghh Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

    Post by bod_supersperm on Wed Apr 28, 2010 12:38 pm

    Dzulfikar Mashoor



    SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid
    Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana,
    Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan
    empat pegawai polis, pagi semalam.
    "Salah seorang saksi utama adalah anak polis
    sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas
    beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi
    tadi.
    Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif
    untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan
    dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan
    samun bersenjata.
    "Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau
    mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil
    memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi
    utama terbabit pergi membuat laporan polis.
    "Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama)
    semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis
    di beberapa media."
    (Gambar: Khalid menunjukkan laporan polis yang dibuat saksi
    utama dalam kes bunuh Aminul Rashid)

    Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul
    Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki
    tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
    Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah
    seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.
    Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang
    terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.
    "Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam
    atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak
    ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini,"
    ujarnya.
    Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan
    Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa
    dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.
    Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan
    mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal,
    Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.
    Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro
    Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa
    media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun
    sebagai suatu fitnah.
    Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama
    sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak
    berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana
    terbabit.
    Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana
    terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.
    Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan,
    dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit
    terlibat dalam kegiatan menyamun.
    Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah
    Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti
    Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan
    negara.


    *************************************


    http://www.membakut.info
    http://revsoc.forumotion.com

    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 35
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 5281
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    waghh Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

    Post by bod_supersperm on Wed Apr 28, 2010 5:18 pm

    SHAH ALAM, 28 April: Ahli Parlimen Puchong, Gobind
    Singh Deo berkata, insiden seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati
    ditembak anggota polis bukan lagi kes terpencil sepanjang polis
    melaksanakan tanggungjawab memelihara keselamatan orang awam dan tanah
    air.
    "Ini sebegini kita lihat kerap kali berlaku di
    mana pihak polis menggunakan senjata api tembak orang awam," jelas
    beliau ketika ditemui di tempat kejadian, selekoh Jalan Makyong, Seksyen
    11/2G, di sini, tengah hari ini.
    “Sebagai Ahli Parlimen, telah saya katakan tadi isu ini bukan lagi
    isu terpencil kerana polis sebelum ini beberapa kali terbabit menembak
    orang awam."
    Menurut Gobind, sekiranya polis mahu menganggap kes Aminul tersebut
    sebagai kes terpencil, polis masih belum ada jawapan untuk rakyat untuk
    kes tembakan liar ke atas Norizan Salleh, Oktober lalu serta beberapa
    kematian misteri orang awam di dalam lokap.
    Sebaliknya, beliau yang juga pengamal undang-undang sivil meminta
    polis menjelaskan motif di sebalik tembakan lebih tujuh das ke arah
    arwah dan saksi utama.
    "Dalam faham undang-undang yang saya amalkan, tujuan (polis)
    menggunakan senjata api itu bukan untuk membawa maut, tujuannya adalah
    untuk menghalang penjenayah mengancam nyawa orang awam atau mempertahan
    diri mereka saja," tegas beliau.
    Tanpa menafikan sumbangan besar polis dalam memelihara keamanan
    negara, beliau berkata, pegawai polis terbabit sepatutnya menembak pada
    bahagian badan yang berisiko rendah untuk seseorang kehilangan jiwa.
    "Kebiasaannya kalau mereka (polis) perlu tembak sekalipun, mereka
    perlu tembak pada bahagian tubuh yang mustahil boleh membawa risiko
    maut, misalnya, menembak bahagian kaki supaya suspek tidak mampu
    melarikan diri," jelas beliau lagi.
    Bagaimana pun, beliau seakan memuji Ketua Polis Selangor, Datuk
    Khalid Abu Bakar kerana bertindak secara wajar ke atas keempat-empat
    anggota polis terbabit apabila mendapat tahu insiden tersebut.
    "Saya rasa itu keputusan bijak, saya sokong, saya berterima kasih
    kerana polis mengambil keputusan sedemikian yang begitu penting,"
    ujarnya.
    Demi mengelakkan wujudnya unsur bias dalam siasatan kes tersebut,
    beliau turut mencadangkan supaya keempat-empat suspek terbabit digantung
    tugas sehingga siasatan selesai.
    Beliau turut mencadangkan pegawai tertinggi polis dari Ibu Pejabat
    Polis Bukit Aman sendiri turun menyiasat keempat-empat suspek pembunuh
    dari Balai Polis Seksyen 11, di sini.
    "Apa yang perlu dibuat, seorang dari ibu pejabat Bukit Aman
    diturunkan untuk menyiasat kes ini," ujarnya lagi.
    Menganggap insiden tersebut sebagai bukti wujudnya amalan brutal di
    kalangan anggota polis, beliau bertekad untuk bertanya sendiri kepada
    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tentang garis
    panduan yang digunakan polis dalam menggunakan senjata api.
    "Memang saya akan bangkitkan kes ini dalam Dewan Rakyat depan, saya
    nak tanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) tentang garis panduan yang
    digunakan oleh polis untuk memelihara keharmonian hidup rakyat.
    "Saya juga nak tahu kalau seorang polis memegang senjata, adakah
    orang awam seperti saya layak ditembak sehingga mati, inilah isunya yang
    rakyat sedang tanya," jelasnya.
    Tidak cukup dengan itu, beliau turut bercadang bersemuka sendiri
    dengan Khalid untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan keempat-empat
    suspek serta saksi utama kes tersebut.
    "Saya secara peribadi akan menghubungi Datuk Khalid (Ketua Polis)
    untuk mengenal pasti saksi. Saksi kemudiannya saya nak bawa ke balai
    untuk diambil keterangan agar siasatan dilengkapkan sebelum dibawa ke
    muka pengadilan," ujarnya lagi.
    Gobind turut meminta institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri
    disiasat secara total ekoran beberapa kes pembunuhan orang awam yang
    membabitkan anggotanya selain mendesak polis supaya menyegerakan
    siasatan khas ke atas kes tersebut
    "Saya berasa siasatan yang perlu dijalankan tidak terhenti pada
    menyiasat suspek-suspek polis yang menembak mangsa (Aminulrasyid) saja.
    Perlu disiasat secara menyeluruh ke atas Polis Diraja Malaysia sendiri,"
    jelasnya.


    *************************************


    http://www.membakut.info
    http://revsoc.forumotion.com

    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC

    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 35
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 5281
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    waghh Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

    Post by bod_supersperm on Wed Apr 28, 2010 5:23 pm

    Tembak: Najib, Hishammuddin mesti pandang
    serius







    Harakahdaily


    KUALA LUMPUR, 28 April: Gabungan Mahasiswa Islam
    Semalaysia (Gamis) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
    serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein
    memandang serius kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati ditembak anggota
    polis, pagi kelmarin.
    Presidennya, Mohd Idris Mohd Yussoff berkata, pihaknya berharap satu
    jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes itu
    seadil-adilnya.
    “Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa
    terlalu lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan.
    “Dalam kes allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera
    sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di
    kalangan masyarakat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, pagi
    ini.
    Menurutnya, keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak
    serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej
    keselamatan negara Malaysia.
    Berikut ialah kenyataan penuh Gamis:

    Pendahuluan



    Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian
    allahyarham adik Aminulrasyid, 15 tahun, pelajar Sekolah Menegah Seksyen
    7, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa
    media melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan
    samun namun dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta
    yang dipandu oleh allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda dan
    polis bertindak melepaskan tembakan yang membunuh Aminulrasyid.
    Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrasyid yang
    ada bersama allahyarham dalam kereta semasa kejadian. Dalam laporan
    polis yang telah dibuat, kawan yang sebaya dengan allahyarham menegaskan
    Aminulrasyid dalam ketakutan apabila terlanggar kenderaan lain dan
    memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda
    terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrasyid
    rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi ini
    melaporkan beliau kemudian dipukul oleh anggota polis sebelum sempat
    melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat
    Polis Shah Alam.
    Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah
    Seksyen 7, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek
    kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di
    kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan
    imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab
    menjaga keselamatan awam.
    Pendirian Gamis:
    Justeru, dalam kes ini, Gamis berpendirian:
    1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur
    tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau
    apapun kesalahan seseorang. Gamis berpandangan, kes tembakan ini adalah
    tindakan keterlaluan tambahan pula, kalaupun allahyarham Adik
    Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana kerana masih di bawah
    umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti
    penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi
    seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya
    melibatkan keselamatan awam. Kemungkinan ianya turut menyebabkan rakyat
    Malaysia berasa tidak selamat walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.
    2. Gamis ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati
    dalam kenyataan media sama ada media cetak atau media elektronik. Hal
    demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan isu mungkin
    boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini,
    pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan
    mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak
    wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya
    kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan
    perkara yang tidak baik dalam masyarakat.
    3. Gamis juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar
    tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. Gamis amat sedih apabila
    timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada allahyarham dan keluarga
    sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada
    melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang
    menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga.
    Gamis berharap perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan
    Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan
    cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia
    walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita
    dan fitnah yang dilemparkan.
    4. Gamis berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan
    Dalam Negeri memandang serius kes ini. Gamis berharap satu jawatankuasa
    khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya.
    Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu
    lama dalam penyiasatan bahkan masih ada yang belum diselesaikan. Dalam
    kes allahyarham Adik Aminulrasyid, siasatan adil dan segera sangat
    diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan
    masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta
    tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej
    keselamatan negara Malaysia.
    Penutup
    Gamis turut bersedih dalam isu ini serta ingin mengucapkan takziah
    kepada keluarga allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga
    rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. Gamis
    juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Diraja
    Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam
    kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang.
    Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih
    terjamin pada masa akan datang.


    *************************************


    http://www.membakut.info
    http://revsoc.forumotion.com

    Sponsored content

    waghh Re: Kes tembak pelajar 15 tahun, kita bukan negara polis!

    Post by Sponsored content Today at 9:23 pm


      Current date/time is Fri Dec 09, 2016 9:23 pm