RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin

Join the forum, it's quick and easy

RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin

RSMC

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
RSMC

WWW.REDSUNMOTORCLUB.COM


3 posters

    Misi melencongkan planet kecil

    bod_supersperm
    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 42
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 7969
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    Misi melencongkan planet kecil Empty Misi melencongkan planet kecil

    Post by bod_supersperm Wed Apr 07, 2010 9:04 am

    Misi melencongkan planet kecil

    Oleh NURUL IZZA ROSLY
    izza.rosly@kosmo.com.my

    Misi melencongkan planet kecil Ru_01.1




    ADAKAH benar seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak apabila
    asteroid jatuh ke Bumi dunia akan kiamat?
    Bahkan, ramai yang membayangkan penghujung tamadun dunia bakal
    berakhir apabila batu dari angkasa itu jatuh ke atmosfera.
    Itu semua bayangan penduduk dunia apabila kita dikejutkan dengan
    penemuan yang mengaitkan punca sebenar kepupusan dinosaur disebabkan
    oleh asteroid berukuran kira-kira 15 kilometer (km) lebar menghentam
    Bumi.
    Penemuan terbaru itu secara tidak langsung menyangkal kajian yang
    dibuat oleh saintis sebelum itu mengenai kepupusan hidupan purba
    tersebut berpunca daripada satu siri letusan gunung berapi di India.
    Lipatan sejarah juga pernah menceritakan, 65 juta tahun lalu,
    hentaman asteroid melanggar Bumi di Chicxulub, Mexico dengan kuasa
    berbilion-bilion bom atom sehingga menghapuskan lebih separuh spesies di
    planet Bumi termasuk dinosaur.
    Akibat hentaman tersebut yang dikatakan mempunyai kekuatan bilion
    kali ganda berbanding bom atom di Hiroshima, ia menyebabkan mamalia
    menjadi spesies dominan di Bumi. Akhirnya mencetuskan insiden seperti
    musim sejuk secara melampau yang memusnahkan kebanyakan hidupan dalam
    tempoh beberapa hari sahaja.
    Itu cerita 65 juta tahun dahulu. Bagaimana dengan sekarang dan akan
    datang? Adakah manusia yang menghuni Bumi akan mengalami nasib yang sama
    seperti dinosaur yang telah musnah akibat hentaman asteroid?
    Ancaman 2036
    Pada 20 Februari 2007, Reuters melaporkan bahawa sebuah
    asteroid mungkin menghampiri Bumi pada tahun 2036.
    Sehubungan itu, para saintis menyarankan supaya Pertubuhan
    Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan misi angkasa lepas bagi
    melencongkannya.
    Asteroid yang diberi nama Apophis itu dijangka merempuh Bumi pada 13
    April 2036 sedang dipantau, malah misi untuk melencongkan asteroid
    sepanjang 40 meter itu dijangka menelan belanja sebanyak RM1.04 bilion.
    Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia merangkap Penyelaras
    Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Profesor Madya Nasirun
    Mohd. Salleh memberitahu, asteroid kadangkala dipanggil planet kecil
    atau platenoid.
    Misi melencongkan planet kecil Ru_01.2
    HENTAMAN asteroid 65 juta
    tahun lalu dikatakan menghapuskan separuh spesies di planet Bumi
    termasuk dinosaur.


    Menurutnya, asteroid terbina daripada batu-batuan pejal yang tidak
    sempat menjadi planet semasa permulaan pembentukan sistem matahari.
    "Batu-batuan pejal ini bukanlah dalam erti kata batu tetapi ia
    terdiri daripada batuan dan logam besi iaitu nikel. Secara umumnya
    permukaan asteroid terdiri daripada batuan logam sedangkan terasnya
    adalah besi padu. Bentuk dan saiz asteroid adalah pelbagai dan tidak
    mempunyai rupa yang tetap, ada yang berupa bentuk kentang dan ada yang
    bujur telur.
    "Dakwaan mengenai asteroid tergolong daripada kumpulan planet kecil
    tidak benar kerana tidak semua asteroid dapat dianggap sedemikian.
    Terdapat lebih daripada 40,000 asteroid dikenalpasti yang melebihi satu
    kilometer saiz garis pusatnya, manakala saiz yang mencapai ukuran 1,000
    km diameter ialah Ceres yang terletak di antara Marikh dengan Musytari
    yang boleh dianggap sebagai planet kerdil mengikut takrifan Kesatuan
    Astronomi Antarabangsa (IAU) berserta dengan planet Pluto," katanya.
    Tambah Nasirun, terdapat 16 asteroid yang melebihi saiz 240 km
    diameter. Kesemua asteroid tersebut berada di dalam jaluran asteroid
    yang terletak di antara planet Marikh dan Musytari.
    "Rata-rata asteroid yang menghentam Bumi bersaiz sepuluh meter hingga
    30 meter sahaja dan tidak membawa kemusnahan besar. Namun terdapat
    asteroid yang pernah jatuh ke Bumi bersaiz 100 meter iaitu di New York
    pada 2,300 tahun yang lalu.
    "Kesan tsunami yang dicetusnya sangat dahsyat," jelasnya.
    Sementara itu, Felo Bersekutu di Institut Sains Angkasa, Universiti
    Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Geri Kibe Ak Gopir, memberitahu orang
    ramai tidak perlu panik dengan jangkaan Asteroid Apophis yang panjangnya
    menyamai Menara Kembar Petronas akan menghentam Bumi. Ini kerana
    peratusannya untuk menghentam Bumi pada tahun 2036 ialah 2.7 peratus
    dengan kebarangkalian tiga dalam satu juta.
    "Asteroid besar menghentam Bumi jarang terjadi. Ia berlaku dalam
    tempoh berpuluh juta tahun hingga berbilion juta tahun. Kita tidak perlu
    risau kerana sudah ada teknologi yang membolehkan asteroid dikesan dan
    dipantau.
    "Kedudukan asteroid sebenarnya adalah di jaluran asteroid yang
    terletak di antara orbit Marikh dan Musytari. Asteroid dalam jaluran
    berukuran dua hingga empat Unit Astronomi (UA) mengorbit matahari. Satu
    UA adalah bersamaan dengan 150 juta kilometer," katanya.
    Jelas Geri, terdapat beratus ribu asteroid di dalam jaluran asteroid
    yang mengorbit. Dalam masa yang sama ia pecah akibat berlanggar antara
    satu sama lain sehingga ada di antaranya terlepas daripada jajaran.
    "Jika ia terkeluar dari jajaran dan ditarik oleh graviti Musytari,
    kita tidak perlu risau kerana ia jauh dari Bumi. Tetapi jika ia tersasar
    masuk ke dalam orbit Bumi, kebarangkalian ia menghentam Bumi itu ada.
    "Sememangnya kita risau kejadian 65 juta tahun lalu berulang kembali.
    Sebenarnya setiap hari bumi dihentam asteroid. Sesetengah fakta
    memberitahu, kalau dicampur-campurkan jisim asteroid itu, ia mencecah
    1,000 kilogram satu hari, tapi asteroid yang kecil-kecil sahaja,"
    ujarnya.
    Misi melencongkan planet kecil Ru_01.3
    ANCAMAN asteroid boleh menyebabkan
    tsunami besar.



    Geri menambah umur Bumi sangat tua dan sentiasa berubah atau
    berevolusi walaupun suatu ketika dahulu Bumi banyak kali dihentam
    asteroid.
    "Kalau nak tahu kita kena hentam, lihat sahaja jiran terdekat kita
    iaitu Bulan. Permukaannya berkawah-kawah dan itu bukti yang paling jelas
    Bulan dihentam oleh asteroid. Kenapa ia (kawah) kelihatan jelas di
    Bulan dan bukan di Bumi? Ini kerana Bumi mempunyai atmosfera, udara,
    tumbuhan dan gunung berapi yang sentiasa mengubah bentuk muka bumi kita
    "Bulan tidak mempunyai atmosfera, tiada udara dan permukaannya tidak
    berevolusi. Jika rupa Bulan sedemikian satu bilion tahun yang lalu,
    begitu jugalah rupanya kini," jelasnya.
    Ditanya mengenai kepupusan dinosaur adalah disebabkan hentaman
    asteroid, beliau memberitahu ia merupakan salah satu teori dan pendapat
    itu semakin diterima sekarang sedangkan ia mula dibangkitkan sekitar
    tahun 70-an dan 80-an.
    Mengapa ia semakin diterima? Geri memberitahu suatu ketika dahulu
    dinosaur adalah dominan. Persoalannya bagaimana binatang yang sangat
    besar itu tiba-tiba pupus dan bagaimana pula binatang lebih tua di air
    iaitu penyu, buaya dan sebagainya boleh meneruskan survival sedangkan
    binatang di darat semuanya pupus?
    "Apabila asteroid menghentam bumi, kemungkinan ombak naik tinggi,
    kebakaran besar berlaku menyebabkan semua binatang di darat pupus.
    Apabila kebakaran berlaku, udara menjadi toksik sehingga menyebabkan
    binatang tidak boleh bernafas dan tumbuhan yang menjadi sumber makanan
    mati.
    "Kerana itulah hidupan di air seperti penyu dan buaya dapat hidup
    kerana haiwan tersebut berada di dalam air," katanya.
    Agensi Angkasa Negara (Angkasa) melalui Observatori Negara Langkawi
    (ONL) telah memulakan pencerapan objek angkasa khususnya komet pada
    tahun 2008 dan 2009. Namun untuk pencerapan asteroid secara spesifik
    program itu belum bermula lagi.
    Pegawai Penyelidik Sains Angkasa, Mohd. Fairos Asillam, memberitahu,
    kebanyakan saintis percaya objek bersaiz 100 ke 500 meter diameter dapat
    menembusi atmosfera dan menyebabkan kemusnahan sama ada terbakar semasa
    memasuki atmosfera Bumi atau menghentam daratan atau lautan.
    "Jika hentaman tersebut berlaku di bandar besar atau di lautan
    berhampiran bandar utama, ia dapat menghasilkan gelombang besar dan
    bakal memberi kesan berbahaya kepada manusia.
    "Secara umumnya, kesan-kesan hentaman asteroid yang dapat
    dikenalpasti adalah pembentukan kawah besar, penyejukan atmosfera,
    perubahan iklim dunia akibat kotoran di atmosfera yang menghalang cahaya
    matahari, hujan asid, kemusnahan hasil pertanian dan tsunami," katanya.
    Mengenai ramalan impak pada masa hadapan, Mohd. Fairos memberitahu,
    penduduk dunia tidak perlu bimbang kerana ancaman daripada penyakit dan
    kemalangan sehingga menyebabkan kematian adalah lebih tinggi berbanding
    ancaman asteroid.
    Bagaimanapun, ancaman tersebut perlu dibimbangkan dalam jangka masa
    panjang, namun kebarangkaliannya adalah kecil.
    Sebenarnya, kira-kira 100 asteroid telah dikesan pada orbit yang
    menjadikannya berada hampir dengan orbit Bumi yang membolehkannya
    menghentam Bumi suatu hari nanti.
    Ini kerana orbit asteroid berubah secara perlahan-lahan mengikut
    masa. Namun jika orbitnya tidak bersilang dengan Bumi, perlanggaran
    hanya akan berlaku dalam beribu tahun lagi.
    KaRaBaU GiLA
    KaRaBaU GiLA
    extremer 4x4
    extremer 4x4


    Male
    Number of posts : 1643
    Age : 41
    Location : kikih
    Stars : 7186
    Reputation : 9
    Registration date : 2009-05-02

    Misi melencongkan planet kecil Empty Re: Misi melencongkan planet kecil

    Post by KaRaBaU GiLA Sat Apr 17, 2010 6:35 pm

    mendrift plenet kecil x ada ka?
    bod_supersperm
    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 42
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 7969
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    Misi melencongkan planet kecil Empty Re: Misi melencongkan planet kecil

    Post by bod_supersperm Mon Apr 19, 2010 11:54 am

    ada
    KaRaBaU GiLA
    KaRaBaU GiLA
    extremer 4x4
    extremer 4x4


    Male
    Number of posts : 1643
    Age : 41
    Location : kikih
    Stars : 7186
    Reputation : 9
    Registration date : 2009-05-02

    Misi melencongkan planet kecil Empty Re: Misi melencongkan planet kecil

    Post by KaRaBaU GiLA Tue Apr 20, 2010 1:16 pm

    mana?
    bod_supersperm
    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 42
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 7969
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    Misi melencongkan planet kecil Empty Re: Misi melencongkan planet kecil

    Post by bod_supersperm Tue Apr 20, 2010 4:44 pm

    kita dua yang bikin
    Haitor_&_d'kugiran
    Haitor_&_d'kugiran
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 756
    Age : 39
    Location : Kay-kay..mengkabut
    Stars : 6243
    Reputation : 4
    Registration date : 2009-04-25

    Misi melencongkan planet kecil Empty Re: Misi melencongkan planet kecil

    Post by Haitor_&_d'kugiran Thu Apr 22, 2010 4:30 am

    kalau jadi mcm filem armageddon aku mo jadi ben affleck dpt chix liv tyler huhu

    Sponsored content


    Misi melencongkan planet kecil Empty Re: Misi melencongkan planet kecil

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 6:10 pm