RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin

Join the forum, it's quick and easy

RSMC

WELCOME TO RSMC PLEASE SIGN IN TO EXPLORE MORE INFORMATIONS..HAVE A NICE DAY..
by : admin

RSMC

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
RSMC

WWW.REDSUNMOTORCLUB.COM


2 posters

    Arab Saudi ragui pakar iklim

    bod_supersperm
    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 42
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 7976
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    Arab Saudi ragui pakar iklim Empty Arab Saudi ragui pakar iklim

    Post by bod_supersperm Tue Dec 08, 2009 3:51 pm

    Arab Saudi ragui pakar iklim


    Arab Saudi ragui pakar iklim Du_04.1
    ORANG ramai beratur untuk memasuki pusat konvensyen Sidang Perubahan Iklim di Copenhagen, Denmark semalam.



    COPENHAGEN - Seorang pegawai Arab Saudi memberitahu sidang kemuncak
    pemanasan global di sini semalam bahawa kepercayaan dalam bidang sains
    iklim 'digemparkan' oleh pembocoran maklumat melalui e-mel di kalangan
    pakar iklim dan meminta satu siasatan antarabangsa dilakukan bagi
    menanganinya.
    "Tahap kepercayaan jelas 'digemparkan', terutamanya sekarang ini
    apabila kami bersedia untuk memuktamad satu persetujuan yang memerlukan
    kami mengorbankan kepentingan ekonomi kami," kata perunding utama Arab
    Saudi, Mohammed al-Sabban semasa pembukaan Sidang Perubahan Iklim itu
    semalam yang dijadualkan berakhir pada 18 Disember ini.
    Beliau meminta isu berkenaan disiasat oleh sebuah badan bebas
    antarabangsa tetapi menyatakan bahawa badan saintifik Pertubuhan
    Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak berupaya melakukan siasatan tersebut.
    "IPCC tidak berupaya melakukan siasatan itu," katanya yang merujuk
    kepada badan PBB tersebut iaitu Panel Bagi Perubahan Iklim Antara
    Kerajaan (IPCC).
    "Kami berpendapat ia nyata akan menjejaskan kepercayaan dalam rundingan ini," tambahnya.
    Arab Saudi ialah anggota pengeluar dan pengeskport utama minyak Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
    Arab Saudi ragui pakar iklim Du_04.2
    BEBERAPA anggota pertubuhan bukan
    kerajaan yang membuat protes mengenai pemanasan global berbaring di
    sebuah lokasi di Copenhagen semalam.



    Sebelum ini, pihak yang sangsi dengan isu perubahan iklim telah
    menggodam sejumlah e-mel yang ditulis oleh pakar-pakar iklim dan
    mendakwa mereka berpakat untuk menyekat data pihak lain dan cuma
    mengetengahkan penemuan mereka.
    Sejumlah e-mel itu yang sebahagiannya ditulis 13 tahun lalu dicuri
    oleh penggodam-penggodam misteri dan disebarkan meluas di Internet.
    Golongan yang meragui pemanasan global menyatakan bahawa e-mel itu
    menunjukkan bahawa saintis-saintis berkenaan memanipulasi bukti
    penemuan mereka.
    Sebelum ini satu e-mel yang disahkan asli oleh Universiti East
    Anglia di Britain mendedahkan Ketua Unit Penyelidikan Iklim (CRU) di
    universiti itu, Phil Jones berkata, beliau mahu memastikan satu hasil
    kajian yang meragui isu pemanasan global tidak dimasukkan dalam laporan
    IPCC pada 2007.
    Perunding Arab Saudi itu memberitahu delegasi sidang tersebut bahawa
    isu yang berlaku itu boleh memberikan kesan negatif ke atas Sidang
    Kemuncak Copenhagen selain menjejaskan kepercayaan terhadap bidang
    sains iklim.
    "Kami berpendapat skandal ini nyata akan menjejaskan apa yang dapat dicapai di Copenhagen," kata Mohammed. - Agensi
    Haitor_&_d'kugiran
    Haitor_&_d'kugiran
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 756
    Age : 39
    Location : Kay-kay..mengkabut
    Stars : 6250
    Reputation : 4
    Registration date : 2009-04-25

    Arab Saudi ragui pakar iklim Empty Re: Arab Saudi ragui pakar iklim

    Post by Haitor_&_d'kugiran Tue Dec 08, 2009 4:30 pm

    3 tahun lagi..sempat ka siap kreta aku ni :p
    bod_supersperm
    bod_supersperm
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 2717
    Age : 42
    Location : Lintas/Luyang
    Stars : 7976
    Reputation : 16
    Registration date : 2008-10-24

    Arab Saudi ragui pakar iklim Empty Re: Arab Saudi ragui pakar iklim

    Post by bod_supersperm Wed Dec 09, 2009 11:58 am

    sempat bro....sebelum kiamat
    Haitor_&_d'kugiran
    Haitor_&_d'kugiran
    Drifter RSMC
    Drifter RSMC


    Male
    Number of posts : 756
    Age : 39
    Location : Kay-kay..mengkabut
    Stars : 6250
    Reputation : 4
    Registration date : 2009-04-25

    Arab Saudi ragui pakar iklim Empty Re: Arab Saudi ragui pakar iklim

    Post by Haitor_&_d'kugiran Wed Dec 09, 2009 3:52 pm

    hahaha gilak

    Sponsored content


    Arab Saudi ragui pakar iklim Empty Re: Arab Saudi ragui pakar iklim

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 26, 2024 11:12 pm